Rabu, 15 Februari 2012

Keselamatan di tapak bina

-> UNDANG-UNDANG BERKAITAN KESELAMATAN PEKERJA DI TAPAK BINA – PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT

1. Pihak Berkuasa dan Klien Projek
Di pihak berkuasa, sekurang-kurangnya ada dua undang-undang bertulis yang relevan di sini iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (disebut AKKP 1994) dan Akta Kilang dan Jentera 1967 (disebut AKJ 1967).  Di dalam AKKP 1994, ditekankan mengenai tugas-tugas am majikan dan pekerja dalam hal keselamatan. Seksyen 15 AKKP 1994 menekankan bahawa adalah menjadi tugas setiap majikan mempastikan seberapa yang boleh, keselamatan pekerja-pekerjanya, di mana ini termasuklah soal-soal sistem dan prosedur kerja yang selamat, peralatan yang selamat (diguna atau atas kewujudannya di situ) dan tempat serta suasana kerja yang selamat.  Secara khususnya, menurut Seksyen 15(1) AKKP 1994, tugas menjaga keselamatan pekerja (termasuk di tapak bina) merangkumi :
(a)  Penyediaan dan penyenggaraan mesin jentera dan alatan, dan sistem kerja yang selamat, dan tidak memberi risiko kesihatan .
(b) Diwujudkan dan dipastikan pengoperasian dan penggunaan jentera dan alatan itu adalah selamat .
(c) Memberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang sesuai kepada pekerja berkaitan keselamatan mereka semasa bekerja .
(d) Penyenggaraan tempat kerja dan keadaan kerja supaya sentiasa selamat;  dan
(e) Suasana kerja itu juga selamat pada keseluruhannya kepada pekerja.

Perkara-perkara di atas perlu diterjemahkan kepada pernyataan bertulis polisi keselamatan oleh majikan (Seksyen 16 AKKP 1994).

2 .Pihak Pekerja dan Kontraktor Projek
Di pihak pekerja sendiri, menurut Seksyen 24 AKKP 1994, mereka dikehendaki:
(a) Mengambil langkah yang munasabah dalam menjadi keselamatan mereka (yakni berhati-hati semasa bekerja .
(b)Memberi kerjasama kepada majikan dalam pengimplementasian Seksyen 15(1) yang dinyatakan sebelum ini .
(c) Sentiasa memakai atau mengguna peralatan perlindungan atau pakaran keselamatan yang disediakan majikan semasa bekerja dan
(d) Mematuhi sebarang arahan atau langkah-langkah keselamatan yang diberi oleh majikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan